Skip to content
Demo site built by Zaim. Sample content.Back to Zaim's portfolio

Pelan servis setahun, harga dikunci

Servis berjadual setahun untuk setiap unit. Penjimatan dikira dari senarai harga semasa, jadi sentiasa padan dengan harga satu-satu.

Pelan Asas

Dua lawatan setahun, lebih kurang setiap enam bulan

Unit bilik tidur atau pejabat kecil yang dipakai macam biasa.

  • 1 x Chemical wash setahun
  • 1 x Servis biasa setahun
  • Harga dikunci setahun
  • Tiada caj perjalanan untuk setiap lawatan
  • Kami WhatsApp dulu sebelum setiap tarikh servis
  • Diskaun 10% untuk alat ganti yang kami tukar

Diskaun 10% atas harga satu-satu.

Pelan Kerap

Empat lawatan setahun, lebih kurang setiap tiga bulan

Unit yang hidup lama setiap hari, kedai kecil, atau rumah yang ada haiwan peliharaan atau perokok.

  • 1 x Chemical wash setahun
  • 3 x Servis biasa setahun
  • Harga dikunci setahun
  • Tiada caj perjalanan untuk setiap lawatan
  • Kami WhatsApp dulu sebelum setiap tarikh servis
  • Diskaun 10% untuk alat ganti yang kami tukar

Diskaun 15% atas harga satu-satu.

Kira untuk unit anda

Pilih jenis unit, HP dan bilangan unit. Jumlah setahun dan penjimatan dikira daripada harga semasa.
Jenis unit
Kuasa kuda (HP)

Daftar Pelan Asas

Butang ini membuka WhatsApp dengan mesej lengkap. Tiada bayaran diambil di laman ini. Pendaftaran sebenar disahkan oleh pejabat.

Soalan tentang pelan

Tidak pasti pelan mana? Baca chemical wash atau servis biasa dahulu.

Berapa kali setahun patut servis?

Suruhanjaya Tenaga menasihatkan gelung unit luar dibersihkan dua kali setahun dan gelung unit dalam sekali setahun. Daikin Malaysia mencadangkan servis sekurang-kurangnya sekali setahun. Pelan Asas dah cukup untuk kedua-duanya. Pelan Kerap untuk unit yang hidup lama setiap hari atau di tempat berhabuk.

Kena bayar setahun di depan ke?

Tak. Anda bayar lepas setiap lawatan, ikut harga yang dah dikunci dan diskaun pelan.

Kalau nak tukar tarikh lawatan?

Guna halaman Semak tempahan atau WhatsApp kami. Tukar percuma sampai 12 jam sebelum slot.

Gas termasuk dalam pelan?

Tak. Kami ukur tekanan setiap lawatan. Kalau rendah, kami cari bocor dan sebut harga baiki serta gas.