Chemical overhaul
Unit dalam diturunkan dan dibuka: panel, dulang, roda kipas dan gegelung direndam dan dicuci, kemudian dipasang semula dan diuji. Pilihan untuk unit yang sangat kotor, berbau, atau sudah bertahun tidak dicuci.
Harga mula
Dari RM 210
Masa
Sekitar 2 hingga 3 jam seunit
Waranti kerja
30 hari

Pencucian bertekanan tinggi. Kredit gambar
Apa yang termasuk
- Buka dan turunkan unit dalam
- Rendam dan cuci gegelung, roda kipas dan dulang
- Cuci paip longkang dan unit luar
- Pasang semula dan uji kebocoran
- Ukur tekanan gas selepas pasang
- Ujian sejuk dan bacaan suhu
Apa yang kami buat, langkah demi langkah
Semak dan kutip gas
Unit diperiksa dahulu. Gas dikutip ke unit luar supaya unit dalam boleh dibuka dengan selamat.
Buka unit dalam
Panel, dulang air, roda kipas dan gegelung dibuka dan dibawa turun dari dinding.
Rendam dan cuci
Bahagian dicuci dan direndam dengan larutan pencuci, kemudian dibilas sehingga bersih.
Cuci paip longkang dan unit luar
Paip longkang dialirkan dan gegelung unit luar dicuci.
Pasang semula dan uji kebocoran
Unit dipasang semula, sambungan diuji kebocoran, gas dilepaskan semula ke sistem dan tekanan diukur.
Uji sejuk
Unit dihidupkan dan diuji sejuk. Suhu udara keluar diukur dan dibandingkan dengan bacaan awal.
Pilih kerja ni bila
- Unit lebih dua tahun tidak dicuci, atau tidak pernah dicuci kimia.
- Chemical wash sebelum ini tidak menghilangkan bau atau kekotoran.
- Selepas renovasi, banjir kecil, atau unit lama yang mahu dipasang semula di tempat baharu.
Pilih kerja lain bila
- Unit hanya berhabuk dan dicuci setiap tahun. Chemical wash cukup.
- Unit rosak dan tak sejuk. Buat semakan kerosakan dulu.
Tak termasuk
- Tambah gas kalau ada bocor. Bocor kena cari dan baiki dulu.
- Bahagian ganti.
Harga ikut HP
| Kuasa kuda | Chemical overhaul |
|---|---|
| 0.75-1.5 HP | RM 210 |
| 2.0-2.5 HP | RM 260 |
| 3.0 HP | RM 300 |
Harga sama untuk unit inverter dan bukan inverter.
Unit siling atau kaset yang tiada dalam jadual, dan unit 3.5 HP ke atas: WhatsApp untuk sebut harga.
Baca dulu
Soalan lazim
Apa beza dengan chemical wash?
Dalam overhaul, unit dalam dibuka dan direndam di luar dinding, jadi kotoran dalam gegelung dan bawah dulang boleh dicapai. Chemical wash pula dibuat pada unit yang kekal di dinding.
Berapa lama?
Lebih kurang 2 hingga 3 jam seunit dinding. Kami kerja ikut slot, dan kami bagi tahu kalau perlu masa lebih.
Gas hilang ke masa unit dibuka?
Tak. Gas dikutip ke unit luar dulu, kemudian dilepaskan semula lepas unit dipasang. Lepas tu kami ukur tekanan; kalau rendah, kami bagi tahu dan cadang cari bocor.