Chemical wash
Gegelung penyejat dan roda kipas disembur dengan larutan pencuci dan dibilas dengan air bertekanan, sementara unit kekal di dinding di bawah kanvas pelindung. Untuk bau hapak, sejuk yang semakin lemah, atau unit yang sudah lama tidak dicuci.
Harga mula
Dari RM 155
Masa
Sekitar 75 minit seunit
Waranti kerja
30 hari

Basuh bertekanan pada gegelung. Kredit gambar
Apa yang termasuk
- Semua kerja servis biasa
- Kanvas pelindung dan penadah air
- Larutan pencuci pada gegelung dan roda kipas
- Bilas air bertekanan, cuci dulang dan longkang
- Cuci gegelung unit luar
- Bacaan suhu sebelum dan selepas
Apa yang kami buat, langkah demi langkah
Semak dan ambil bacaan awal
Unit dihidupkan dan suhu udara keluar serta bunyi dicatat. Bacaan yang sama diambil selepas kerja siap.
Lindungi dinding dan lantai
Kanvas pelindung dan penadah air dipasang di bawah unit supaya air kotor tidak mengenai dinding dan perabot.
Semburan larutan pencuci
Larutan pencuci disembur pada gegelung penyejat dan roda kipas untuk melonggarkan kotoran dan lendir.
Bilas dengan air bertekanan
Gegelung dan roda kipas dibilas sehingga air yang keluar bersih, kemudian dulang dan paip longkang dialirkan.
Unit luar dan pemeriksaan
Gegelung unit luar dibersihkan, tekanan gas dan arus kompresor diukur, dan unit diuji sejuk.
Bacaan selepas kerja
Suhu udara keluar diukur semula dan dibandingkan dengan bacaan awal. Anda dapat catatan ringkas.
Pilih kerja ni bila
- Bau hapak atau lembap apabila aircond dihidupkan.
- Sejuk semakin lemah walaupun penapis sudah dicuci.
- Unit tidak dicuci kimia lebih setahun, atau digunakan setiap hari.
- Ada tompokan hitam pada sirip udara atau air keluar dari unit berwarna keruh.
Pilih kerja lain bila
- Unit sangat kotor atau lebih dua tahun tidak dicuci. Overhaul lebih sesuai kerana bahagian dibuka dan direndam.
- Unit langsung tak sejuk. Itu kena periksa dulu, bukan cuci.
Tak termasuk
- Tambah gas. Ia dikira berasingan, dan hanya jika tekanan diukur rendah.
- Bahagian ganti dan kerja baiki.
Harga ikut HP
| Kuasa kuda | Chemical wash |
|---|---|
| 0.75-1.5 HP | RM 155 |
| 2.0-2.5 HP | RM 180 |
| 3.0 HP | RM 200 |
Harga sama untuk unit inverter dan bukan inverter.
Unit siling atau kaset yang tiada dalam jadual, dan unit 3.5 HP ke atas: WhatsApp untuk sebut harga.
Baca dulu
Soalan lazim
Unit kena turunkan dari dinding ke?
Tak. Dalam chemical wash, unit kekal di dinding dan dicuci dengan kanvas pelindung. Kalau nak unit dibuka dan direndam penuh, pilih chemical overhaul.
Berapa lama?
Lebih kurang 75 minit seunit dinding, lebih lama untuk siling dan kaset.
Air dan bahan kimia tu selamat untuk perabot?
Kami tutup dan alas kawasan dulu, dan air kotor disalurkan ke baldi atau beg penadah. Kalau boleh, alihkan barang yang senang diangkat dari bawah unit.